Pendahuluan
Kecubung banyak tumbuh di Sumatera Selatan dan daerah lainnya. Nama tumbuhan ini : Kecubung, Nama ilimiah : Datura Metel Linn.
Karakteristik Tumbuhan
Kecubung ialah sejenis tumbuhan kecil yang bercabang banyak. Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi tumbuhan kecubung selalunya kurang dari 2 meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yng cantik dan unik. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeda. Jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.
Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam jumlah yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung, terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sadar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Kegunaan Tumbuhan
Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-penyakit seperti asma, rheumatik, sakit pinggang dan bisul. Untuk asma, 10 helai daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk disapukan pada bahagian yang sakit.
Penutup
Tulisan ini merupakan hasil kajian kepustakaan ruang digital melalui situs internet. Ucapan terima kasih penulis kepada para pengelola situs internet yang telah saya jadi sumber tulisan ini dan mohon maaf nama penulis sumber tulisan tidak saya tuliskan disini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar