Pendahuluan
Tumbuhan Gelam Tikus merupakan sejenis tumbuhan liar yang juga merupakan ulam yang digemari dikampung-kampung karana rasanya yang enak. Nama tumbuhan ini : Gelam Tikus, Nama lain: Enggelam Tikus, Nama ilmiah : Syzygium inophylla.
Karakteristik Tumbuhan
Tumbuhan ini tergolong dalam keluarga Myrtaceae ini berkongsi keluarga dengan 1100 spesis tumbuhan lain. tumbuhan dari keluarga ini asalnya daripada Afrika dan madagaskar namun kini telah beradaptasi dan menjadi tumbuhan asli dikawasan Asia. Kebanyakan spesis dari keluarga ini masih tidak dikenali dan amat sedikit maklumat mengenai taksonomi tumbuhan daripada keluarga ini. Antara tumbuhan dalam keluarga yang sama yang boleh dimakan dan biasa dijumpai di Daerah Lubai bahkan pada Negara jiran Malaysia ialah kerian, samak dan salam (serai kayu).
Buah gelam tikus berwarna putih dan berbentuk beri. Pucuknya yang muda berwarna merah jambu dan sedap dijadikan ulam. Gelam tikus mempunyai batang berkayu dan merupakan tumbuhan dari kategori tumbuhan renek (pokok kecil). Habitat semula jadinya selalunya dikawasan semak yang lapang dan biasanya dijumpai tumbuh liar dipinggir sawah padi. Gelam tikus membiak melalui 2 cara pembiakan yang utama iaitu keratan batang dan biji benih.
Kegunaan Tumbuhan
Kegunaan tumbuhan ini, amat sesuai untuk dijadikan tumbuhan pagaran. Daun yang masih muda, bisa dijadikan ulam makan. Dan buahnya bisa dimakan langsung tanpa perlu diolah terlebih dahulu, namun biji kalau ikut dikunyah ada rasa pahit.
Penutup
Tulisan ini merupakan hasil kajian kepustakaan ruang digital melalui situs internet. Ucapan terima kasih penulis kepada para pengelola situs internet yang telah saya jadi sumber tulisan ini dan mohon maaf nama penulis sumber tulisan tidak saya tuliskan disini.
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus