Kamis, 10 September 2009

Ikan Tapah

Pendahuluan

Ikan Tapah adalah ikan yang cukup besar bahkan terbesar dibandingkan ikan tawar yang lain. Untuk temuan terbaru, ikan tapah ada yang berukuran 35 kg. Dengan berat ini, tentu wajar kalau ikan tapah dianggap super besar untuk hewan habitat sungai. Nama Ikan ini : Tapah,  Nama ilmiah : Wallago attu. 

Karakteristik Ikan Tapah

Ikan Tapah adalah satu spesies ikanair tawar yang masuk dalam famili Siluridae. Ikan ini terdapat di bahagian selatan Asia dari Pakistan ke Vietnam, Malaysia, dan Indonesia. Ikan Tapah hidup di sungai dan tasik yang besar, dengan dasar sungai yang berlumpur dan air yang mengalir dengan perlahan. Ikan ini amat lembap dan biasa menyembunyikan diri di dalam lubang-lubang yang terdapat di tebing sungai dan terusan atau mengekalkan diri di dasar sungai untuk mencari makanan.

Ikan Tapah adalah pemangsa yang kuat makan. Makanan untuk ikan dewasa termasuk ikan yang lebih kecil, krustasia, dan moluska, manakala anak ikan biasanya makan serangga. Oleh itu, ikan ini adalah ikan pemangsa, khususnya terhadap ikan-ikan lain yang lebih kecil. Ikan Tapah berkembang-biak pada musim panas sebelum musim hujan. Oleh itu, banyak ikan duri ini boleh ditemukan pada musim panas. 

Badan Ikan Tapah panjang dan amat padat. Ikan ini dapat tumbuh sehingga 2.4 meter (8 kaki) panjang. Kepalanya lebar, dengan mulut yang besar dan melekuk. Sudut-sudut mulutnya menjangkau ke belakang matanya. Gigi ikan ini amat tajam dan dapat menggigit manusia. Matanya kecil sahaja, dengan tepi di sekelilingnya. Ikan Tapah mempunyai dua pasang duri, dengan sirip dorsal yang kecil dan sirip belakang yang amat panjang.

Penutup

Tulisan ini merupakan hasil kajian kepustakaan ruang digital melalui situs internet. Ucapan terima kasih penulis kepada para pengelola situs internet yang telah saya jadi sumber tulisan ini dan mohon maaf nama penulis sumber tulisan tidak saya tuliskan disini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar